Sunday, September 18, 2016

Train to Busan (Review)

tengok tajuk pun dah tau kan aku nak cerita apa, tak, aku tak tengok dekat cinema pun, aku tengok online ja. (sumpah rasa berdosa weh) tapi memang cadangnya nak tengok jugak dekat cinema sebab video yang aku tengok tu subtitle memang kelaut jugak lah heh.


bagi aku cerita ni bukan sekadar cerita. ada elemen-elemen kekeluargaan, kerjasama, kasih sayang, pengorbanan. nak hurai panjang-panjang pun macam tak best. kalian mohon lah tengok sendiri. atau boleh google sinopsis train to busan. sumpah tak membosankan wehhh.

aku wonder jugak sebenarnya zombie ni wujud ke idok. ah tak kisah lah kan,tapi memang banyak nilai murni yang boleh dapat, tak payah fikir, sekali tengok pun sel-sel otak dah boleh hadam dan digest sebab cerita ni memang straight ja, takda nak kena fikir banyak.

si ayah dan si suami yang berkorban demi anak dan isteri. tsk tsk. *cries an ocean*


bila aku tengok cerita ni, sel-sel otak aku berhubung sepantas kilat, sebab aku macam nak tau eh jadi apa lepas ni, ada yang survive tak at the end of this story, macam-macam lagi lah yang buat aku curious nak tau.

aku boleh simpulkan yang sifat pentingkan diri boleh menjurus kepada kebencian dan kematian. sumpah aku benci tengok watak sorang ahjussi ni yang sangat selfish yang menyebabkan ramai orang mati. memang kiranya watak dia menjadi lah kalau orang dah benci kan.


cerita ni memang sedih, ada yang menangis tengok cerita ni sebab diselitkan unsur pengorbanan seorang bapak dengan anak, dan pengorbanan suami terhadap isteri yang pregnant. kiranya ada yang sacrifice diri sendiri just nak pastikan some of them survives till the end of the trip. yes, cerita ni takdak scene cumbu cumbu syahwat. heh. so, aku suka lah. aku bagi 9/10.


tengok lah weh. tak rugi! btw, watching kmovie doesn't make u as a kpoppers. mohon faham. ewah haha

babak cium takda, babak zombie ready to cumbu u guys yang selfish ada lah. 


all pictures from google,com