Friday, September 16, 2016

Pekak Filem Kontroversi. (Review)

hi assalamualaikum, maybe it is not too late to write up about pekak yang dah pun ditayangkan.


source: google


after scrolling and read a few negative comments on this movie, I decided to watch it by myself. entry ni bukan pasal sinopsis pekak, ini hanya lah my point of view, since I watched it.

ok let me start with something positive.

bagi aku, ada positive side yang memang kena cari and fikir sejenak, bukan sekadar tonton dan dengar ja. watak uda sebagai oku dimana dia seorang yang pekak tu macam simbolik, akar tunjang dalam cerita ni, ada satu part dimana azman panggil uda ni bodoh for several times, kat sini nak gambarkan betapa masyarakat kita acapkali menganak tirikan golongan kurang upaya, yes he is a drug pusher. bagi aku lah, dia jual dadah sebab terpaksa, sebab nak kumpul duit nak buat cochlea implant which is very expensive, dalam 60k jugak. dalam masa yang sama, nak gambarkan jugak yang masyarakat kita ni kadang-kadang mempergunakan golongan macam ni untuk kepentingan diri sendiri. even si uda ni nak berhenti jadi drug pusher pun tak boleh sebabnya orang tu gertak dia.

secondly, ada satu scene di mana melur datang rumah dara pakai tudung semua elok lah nak ajar si dara ni mengaji, ayah dara ni sangat percayakan melur padahal si melur ni lah yang drag anak dia buat benda tak berfaedah. kat sini mesej yang nak disampaikan kepada ibu bapa, which is, selidik dengan siapa anak kita berkawan, background kawan kepada anak-anak dan jangan percaya seratus peratus kawan anak tu. I don't know how to say this since I'm not married yet apatah lagi nak ada anak kan, tapi sebolehnya, pantau lah aktiviti anak-anak inside outside.

dan ada mesej lain yang nak disampaikan, bilamana scene dara sarung tudung bila sampai kat rumah sebab takut terkantoi bapak dia tau, tapi terkantoi jugak, so kena marah dengan bapak dia. betul lah tu bapak dia marah sebab tu soal haram, soal aurat anak dia, tapi mesej yang nak disampaikan, si dara ni pakai tudung sebab takut bapak dia, bukan sebab takut Allah.

masyarakat kita sepatutnya lebih cakna dengan isu-isu semasa. persekitaran yang tak sihat, ilmu agama yang kelaut memang mendorong golongan muda untuk cuba sesuatu yang kononnya baru dalam hidup depa. cerita ni nak sampaikan mesej kepada mak bapak dan masyarakat, ada satu scene dimana dara ada coret satu mesej lebih kurang macam ni lah "kalau uda yang pekak tu pun boleh dengar, kenapa ayah tak boleh dengar dara". kat sini nak habaq yang mak bapak sibuk, sampai tak mampu nak jadikan anak-anak sebagai kawan rapat. tak dengar cerita anak-anak, apa yang anak-anak lalui, etc. bapak si dara ni lebih menyalahkan si uda yang sebenaqnya tolong dara daripada berlakunya benda tak baik, hanya disebabkan si uda ni pekak dan drug pusher. dekat sini nak tunjuk yang bapak si dara ni sebenaqnya pekak.

skrip yang depa guna memang bahasa remaja zaman sekarang. even kalau cerita tu tak ditayangkan pun, memang dah ramai sangat orang guna ayat-ayat macam tu. terlalu ramai, aku sendiri pernah dengar orang-orang sembang menggunakan perkataan yang double meaning. so yes, masyarakat kena peka juga dengan perkataan yang generasi muda guna, tak suruh faham seratuih peratus tapi cukuplah peka bukannya pekak.

aku bukannya menyokong cerita ni sepenuhnya, tak dinafikan ada babak yang tak seronok untuk dipertontonkan. aksi-aksi cium yang nampak macam real, yang memang entah aku pun tak suka sebab terlalu menonjol ditambah pula pelakon dalam tu semuanya islam so it doesn't suit lah kut babak-babak cenggitu.

memang cerita ni tak seharusnya ditayangkan kepada mereka yang under 18, so tu tugas pekerja cinema untuk pantau before they sell the tickets.

bagi aku cerita ni bukanlah macam tin kosong, ada nilai disebalik cerita ni dan tak dinafikan setiap benda tu ada baik dan buruk. same goes to this film, ada baik dan buruknya. so aku cuma meluahkan mesej yang aku faham. setiap orang ada pendapat masing-masing. masyarakat kita sebenaqnya dah nazak, sampai jadi pekak dan buta dengan sekeliling.


so yeahh, tak menyesai pun tengok cerita ni. sebab aku sejenis yang jarang tengok cerita melayu dekat cinema. most of the times, download ja dari internet, kiranya aku tengok cerita melayu bila cerita tu ada nilai estetika yang tersendiri, acewahh, at least ni bukanlah cerita cinta kelaut macam slot akasia tu ye dok. hehh.

so, till we meet again. assalamualaikum :)

1 comment:

Erni Hasmiza said...

Tu la kan, at least bukan macam citer pukul 7 drama asyik macuk cinta and you're right, filem ni still ada isi dia daripada takde langsung