Monday, September 19, 2016

Istiqamah. Tak susah tak mudah.

Assalamualaikum. So here a little bit tazkirah (cewah ayat suci kemain kau, heh).



Pendapat aku, istiqamah ni adalah konsistensi terhadap sesuatu benda yang baik. yang kenal aku tau lah kut aku ni macam mana, ni aku nak share my point of view walaupun this topic sounds boring but I know someone need to read this if she/he wanna change her/his lifestyle.

macam mana nak berubah? macam mana nak Istiqamah?

nak berubah tu memang senang like a piece of cake. tapi nak kekalkan atau naikkan momentum tu masyaAllah sangat susah. I'm not the one who you can look up to be an example since ramai lagi yang boleh dijadikan a good example but again this is my place to spit everything out. haha.

istiqamah ni ibarat mendaki bukit atau gunung. kalau kau hiking memang kau tau penat tu buat kau bisu dua jam. sama macam istiqamah. nak maintain sesuatu yang baik tak mudah. I told you, Allah tengok effort dan kualiti, bukan kuantiti.

here I list down a few tips for muslimah out there

1. start with something important which is solat. 
sebab solat ni tiang agama. tak faham bacaan takpa, tapi push yourself untuk solat cukup waktu. 

2. Aurat
start with something small. maksudnya kecil-kecil or sikit macam pakai stokin, handsock, labuhkan tudung, pakai tudung atau labuhkan baju. (tolong start satu-satu, jangan semua sekaligus, tapi kalau sekaligus pun,dan boleh maintain, insyallah boleh, okeh?)

3. Quran
pernah tak kau orang rasa sedih sangat, tetiba ambil Quran, randomly selak helaian Quran dan mata tu macam terlekat dekat satu ayat tu ja? tu maknanya Allah sedang berbicara dengan kita. dan benda ni pernah terjadi setiap kali aku sedih. He is talking to us. :') 

4. Amal makruf nahi mungkar.
slowly tinggalkan perkara yang dilarang oleh Allah.

bila semua tu dah dilakukan, practice diri, paksa diri. aku pun terkandas, selalu. tapi bertaubat. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. tu susunan mengikut priority. tak semua orang kena berubah ikut susunan kat atas. kadang-kadang Allah gerakkan hati kita untuk berubah dengan cara lain, contohnya start dengan aurat dulu, the list goes on.

nak berubah seiring dengan istiqamah memang susah. this is the hills that you need to get across, sisters. :) move on, leave your past behind you. don't look back. never. everyone has their on dark past.

iman kita ni macam bukit, ada naik turun.
iman kita macam air, ada pasang surutnya.
moga Allah redha.

syurga tu mahal, sebabtu kena usaha lebih. may Allah bless us.