Sunday, August 16, 2015

UiTM

Assalamualaikum and hi. I don't know how to greet or start and write this mukadimah. oh sheeep. ok whatever. let's ramble.

insyaAllah, lagi beberapa minggu aku akan masuk third year which is final year lah kan. hm. I'm not ready at all. time flies. serious rasa macam kejap gila tetiba dah final year. final year? goshhhh. sebenaqnya aku belajar dekat perlis ja. uitm. 

sejujurnya bachelor of polymer technology atau melayunya ijazah teknologi polimer bukanlah kos pilihan aku. takdak dalam lapan pilihan tu pun. none. zero. mesti orang cakap aku ni memilih, demand mintak kos yang tak sesuai dengan kelayakan pun kan. haah, memang pun. result matrikulasi aku sangat hambar. sehambar-hambarnya. rasa macam malu nak bagitau every time lecturers tanya matrik dulu dapat berapa. hahaha tu lah sapa suruh main kan haa padan muka. (I cried)

pergilah tanya makhluk mana pun, insan yang tak berapa nak reti bersyukur macam aku ni asyik tak puas hati ja bila tak dapat apa yang aku nak. menangis tiga hari bila dapat kos ni, lepastu dekat perlis pulak. masa tu mental breakdown. dan masa tu pulak pikir nak seronok ja. tak pikir benda lain dah. perlis? oh sheep apa ja ada? masa tu aku rebel tahap apa entah. 

tapi sekarang aku bersyukur sangat-sangat. dan aku dah nampak kenapa Allah bagi aku kos polimer ni walaupun ada yang pandang lekeh. tak, aku tak amek port pun dengan setiap kritikan orang. aku okay, aku happy, sihat siap berat badan naik lagi. hahahaha.



ni gambar uitm shah alam tau bukan uitm perlis. haritu pergi buat experiment dekat sana. bersyukur sangat aku tak dapat sana. rasa nak menangis tau, menangis kegembiraan sebab tak dapat sana. sebab kos sara hidup sana tinggi, sana kena survive gegila weh. aku sayang uitm arau sangat lah.

aku dan kawan-kawan merupakan first batch bagi student degree lah. degree in polymer technology. kalau kos lain semua ada senior. sebab sebelum ni semua dekat shah alam. basically, aku takda seniors yang aku boleh refer tanya segala benda, kuiz macam mana apa semua tu. no, takdak. tapi aku still rasa happy, sebab kami lah yang akan naikkan nama polimer dekat uitm perlis ni. permulaannya lapan orang ja. lapan ja guys. how sad. pastu tambah semua jadi 16. this 16 people ni semuanya dari asasi dan matrikulasi. pastu dah tambah penerapan apa semua, jadi lah 28 orang. ni first batch okay, juniors tu aku taktau berapa orang sebab aku jenis tak alert pun benda cenggini. hkah.

dari segi pelajaran, result semua tu alhamdulillah aku boleh survive lagi lah sampai sekarang. semakin meningkat semester, semakin susah subjek.

sebab dah nak masuk final year baru gigih nak update entry kan. hiks. konklusinya, bersyukurlah dengan ketetapan Allah. walaupun dapat kos yang bukan awak minat, tapi percayalah Allah tau apa yang kita taktau. dulu aku minat medic, syukur tak dapat medic sebab medic susah tahap petala kelapan belas,

tahniah kepada adik-adik yang dapat uitm arau, perlis. bachelor in polymer techonolgy, selamat datang. jangan sesedih, carilah saya nanti kalau awak ada sebarang pertanyaan. hahaha.