Monday, August 24, 2015

Braces, brace yourself.

tajuk macam tak berkait pun kan? eheh. okay tak ni nak cerita pasal braces. sebenarnya dari 2012 lagi nak sesangat pakai. menggedik nak pakai atas sebab gigi aku ni kedepan. mula-mula tu aku tak perasan lagi, tapi lama-lama, ada satu gigi ni menolak gigi arnab aku kedepan, masa hujung 2013 tu dah obvious sangat dah. and ada satu gigi bawah tu sengsorang dia di belakang, so whenever aku nak makan daging ka, ayam, even a broccoli, mesti terlekat di situ, tak pernah tak lekat.

kaji punya kaji, pakai braces ni sebenarnya memilukan hidup bagi mereka yang bernafsu makan seperti aku. pakai braces ni harus kalau dah susah sangat nak makan. aku dah tanya ustazah, ustaz. fake braces tu yang tak boleh.banyak sebab kenapa fake braces tu tak boleh.

disebabkan aku orang kedah, aku survey semua jenis klinik yang provide service buat braces ni, tapi susah sangat wey nak jumpa, last-last jumpa klinik pergigian faridah. aku rasa the only the one klinik yang provide service tu.klinik dia dekat jalan putra, area sentosa tu haa. pepandai lah google maps.

nak pergi kerajaan tapi tau ja lah waiting list tu toksah cerita. dua tiga tahun lagi baru boleh check. lagipula depa bagi keutamaan dekat students sekolah. dua kali jugak aku call klinik faridah ni. tanya harga semua lah.

deposit RM1800, total semua around 4k plus plus. tu harga untuk bahan-bahan braces saja. tak termasuk cabut, xray, scaling gigi. dekat klinik ni tak provide dental xray, so dia akan buat surat suruh pi xray dekat hospital sultanah bahiyah. xray ni kejap ja. harga satu xray dalam 70 hingget.

CABUT GIGI
lepas xray, dia akan cabut gigi yang mana patut supaya ada ruang. cabut gigi ni serious tak sakit. satu, sebab bius, kedua sebab tak sakit cuma bleeding ja  Disebabkan gigi aku ni padat, kena cabut empat. sumpah sedih tengok gigi tu. dah berkhidmat tetiba kena cabut. memula cabut dua batang atas bawah belah kanan. disebabkan doktor bius, so tak rasa apa pun, aku nyaris tertidoq sebab tak larat nganga.

aku punya bleeding lepas cabut gigi ni dahsyat sebab cabut tengah hari. memang tak digalakkan pun, sebab saraf darah mengembang kata nurse tu. entah la.aku taknak bagi tips cara nak hentikan bleeding tu sebab aku malas, boleh google. tapi aku nak bagi tips sikit perihal solat.

aku google pasal solat ketika gusi berdarah. aku konpius, was-was, and aku ada jumpa satu blog ni dan ini . ramai yang pandang enteng pasal solat. tau lah tengah sakit kan. eceh. haha. doktor ada pesan jangan kumur, tapi sebab nak solat jugak, aku kumur slow-slow, sambil tu selawat lah, bagi cepat sembuh. nak buat benda baik, insyaAllah, Allah tolong.sudah tu amek kapas sumbat dekat gusi yang berdarah. masa solat pulak memang aku tak telan pun air liur, risau batal solat aku. memang tak selesa sikit, tapi bertahan lah, sedangkan zaman nabi dulu, ada ja yang solat dalam keadaan sakit kan. okeh?

please sediakan kapas banyak-banyak sebab darah memang dahsyat, hahaha

SEPARATOR
ok next, dia akan letak separator. mohon google macam mana rupa separator. yes separator ni paling sakit rasa nak menangis dalam guni. memula pakai memang lah tak sakit, petang tu aku dah start rasa lenguh mulut, malam lagi lah. takpa jangan risau, ada pain killer yang akan diberikan. aku kena pakai lapan bijik separator. tahap kesakitan tu sampai tak boleh kunyah apa pun. aku makan bubur nasi ja. nak kunya sayur pun, tahan ja. roti lagi lah. ok boleh lah imagine tahap kesakitan tu. fungsi separator ni untuk jarakkan gigi yang padat tu. aku kena pakai almost seminggu. jadi seminggu tu makan bubur nasi ja lah.

BRACES
lepas dah melalui fasa yang dahsyat maka, masuklah fasa yang dinantikan. aku suka fasa ni sebab dok seronok pilih kaler untuk rubber tu. ok ni tak sakit langsung. cuma lenguh kena nganga mulut. dua jam aku nganga mulut, tutup pun kejap ja dalam lima minit gitu.

TPA (Trans Platal-Arch)
google lah fungsi dia. aku kena pakai benda ni. tapi sebab tpa aku tak siap lagi, so dia pasangkan braces ja. nantilah aku update apa rasa pakai tpa tu. tapi mengikut orang lain, tpa ni annoying. sedangkan aku dok doa supaya tak payah pakai tpa ni.apakan daya, kena gak pakai kan. tpa ni kena pakai sampai lah braces tu dibuang. maknanya bila gigi dah tersusun elok rapi.cantik gituuu.

ok tu ja. excuse my bad attitude, blog aku ni bukanlah blog infomasi. kalian boleh baca blog yang lebih detail. sebab aku malas. jangan risau ok, sakit, ketidakselesaan semua tu kejap ja. ulcer tu pun akan wujud. ada yang takdak ulcer. aku punya kes, belum pasang braces lagi dah ada sebijik. heh.



cantik kan lukisan ni? hiks. gigi aku tak lah secantik ini. gigi aku comlicated. akak yang pasang braces tu pun cakap gigi aku susah. so imagine lah macam mana gigi aku.

No comments: