Saturday, September 6, 2014

Patah hati




assalamualaikum, hai penduduk bumi yang semakin gemuk. sihat?

dah berapa purnama aku tak melepaskan gian nak type pepanjang macam ni. and this time I come out with patah hati. kehkeh. memang tengah patah hati. patah hati mengenangkan result yang tak sedap macam tomyam yang dah keluaq haritu. hmm

sebenarnya nak buat slot refleksi, eceh bajet rancangan telebisyen. refleksi diri sendiri dan kalian yang mana patah hati sebab putus cinta monyet tu. it doesn't matter either awak putus cinta sebab dia curang atau awek break sebab couple itu haram, nak elak zina dan sewaktu dengannya.

first thing you must do is crying. tolong menangis sepueh-puehnya macam esok dah tadak. dan mohon jangan menangis dah lepas titisan air mata anda keluar. awak tahukan kenapa awak perlu menangis?

kedua, do not hate your ex lover. benci tu tak bagus sebenarnya. benci tu amalan syaiton nirajim. besaq mana pun kesalahan makhluk yang lukakan hati awak, tolong jangan benci dia. Islam tak ajar kita nak benci orang sampai terlampau overboard ni, cukup sekadar awak benci perbuatan dia. ingat, Allah temukan kalian dengan bersebab, there is a lesson that you can learn.

belajar untuk maafkan. maafkan diri sendiri, maafkan makhluk tersebut. sebab you deserve peace, you deserve freedom, awak benci, awak tak boleh maafkan, hidup awak penuh dengan kebencian. it is the worst thing. yaaa. walaupun makhluk tu mungkin penah cakap awak murah, awak dayus, awak pondan, awak perempuan tak guna and whatsoever. prove to them yang these people are soooo wrong okeh?

as a Muslim, berbaliklah awak kepada Dia, Our creatures. why do you bother to love His creatures tapi awak tak mampu nak sayang, cinta Dia yang menciptakan awak? can you give me a solid answer? keep on praying, betulkan hati awak, sebab hati ni organ yang memainkan peranan penting. sangat penting. oh aku nak promote satu buku which might help those who are heartbroken. tajuknya semuanya soal hati written by ustaz ahmad pahrol juoi. seriously this book is awesome. menyentap hati. banyakkan solat sunat taubat, hajat, tahajjud dan zikir. awak akan tenang bila awak ingat Allah. setiap masa istighfar, selawat.

pernahkan bila awak buka buku nak study, then all of sudden teringat kenangan lama bersama makhluk itu. pernah kan? jangan tinggal zikir. untuk perempuan yang period tu, dah tak boleh solat satu hal, then apa gunanya zikir? awak boleh dengar ayat-ayat Quran. internet kan adooo. disini saya tegaskan, banyakkan lah bertaubat. mungkin awak sayang dia lagi, untuk yg break sebab takmau dekat zina ni selalunya spesies yang sayang kekasih dia. awak sayang, awak doa. drag her/him to jannah with you. jangan masuk sengsorang. takpa tak contact berbulan pun. teruskan doa supaya dijodohkan. doa lah minta dilembutkan hati, dijodohkan ka hapa ka. jangan doa yang tak baik okeh?

ni yang entah keberapa, tak payah la awak nak jiwang bawang by listening to lagu-lagu jiwang yg buat awak teringat kat dia. better pi dengaq hijjaz kaa, sami yusuf kaa. and untuk kpoppers tu awak tak payah nak tengok drama korea sangat lah bila dah baru lepas putuih ni. bukan apa, satgi part duk sweet tu mula teringat ex boipreng. tu namanya menempah bala. pastu menangih sesorang. dan satu lagi, baca novel pun sebenaqnya tak sesuai bila situasi macam ni. serious ai bagitau yuu.

buatlah aktiviti yang boleh membusykan diri kalian. kalau aku, aku suka baca buku. you can express your feeling by writing poems, takpun melukis. for me drawing is the best thing to do kot. sebab walaupun anda mungkin tak dilahirkan dengan bakat yang mengancam tapi kepuasan tu ada bila lepas lukih tu. dan satu lagi kunjungilah website iluvilsam.com  kat sini banyak artikel yang boleh naikkan semangat kalian instead of baca quotes cinta dekat tumblr, twitter tu.

dah sampai ke penghujung. though I know there's nobody will read this, tapi aku nak jugak type. stop from stalking. sukahati lah nak block dia ka apa. tu ikut awak, kalau aku, aku tak suka nak blocking orang ni. cukup sekadar distancing yourself from these bullshit people. it depends on you nak stay away berapa lama pun. as long as you are happy. ustazah aku penah cakap, it is okay to stay away, sebab one day awak akan berhubung dengan orang tu balik. berhubung disini membawa maksud sebagai kawan, bertegur sapa. takdak rasa benci atau marah. bukannya bermaksud awak berchenta dengan dia balik. nooo.

the hardest part is moving on. I know that. it doesn't matter if you walk slowly, but at least keep on walking, moving without turning back. time will heal everything. insyaAllah. apa-apa berbaliklah pada Allah, Dia yang pegang hati kita, Dia yang anugerahkan setiap perasaan yang ada dalam diri ini.

mungkin jodoh awak dengan dia, bukan sekarang. mungkin nanti. mungin awak dengan orang lain. belajar untuk redha, belajar untuk ikhlas menerima setiap ketetapanNya. bersabar, dan teruskan berdoa. wipe your tears, and stay strong. I know how you feel. I know the pain. sometimes, we need to change, improve ourselves. kadang-kadang, kita break up sebab Allah sayangkan kita, sebab Dia nak kita sayangkan Dia dulu. keep on moving okeh? *talk to the mirror*