Monday, September 16, 2013

The Reasons


terjumpa dekat facebook, dan teringin nak share dengan penduduk bumi. cepat baca, aku paksa.

ada sesetengah pendapat mengatakan couple tu tak haram, tapi sebenarnya haram. sebab couple tu yang akan menjerumuskan kita ke arah maksiat. sedangkan mendekati zina tu hukumnya haram. 

sapa cakap nak elak daripada couple tu senang, kalau iman tak kuat, memang sah akan couple jugak. jalan nak menuju ke syurga tu memang perit. terlalu pahit untuk ditelan. tapi tabahlah hati. syurga Allah itu mahal. senyum.

sebabkan sayang kita terhadap seseorang tu tak semestinya kita kena couple kan, boleh ja doa dari jauh, semoga Allah jodohkan kau orang berdua. cewah. kalau dah jodoh, hang sembunyi di sebalik rock of gibraltar pun tetap akan jumpa. percaya pada ketetapan Dia.

sebabkan sayang kita dekat dia, jangan heret dia ke lembah zina. jangan. nanti dekat sana jika ditanya, nak jawab apa? 

sayang tak perlu disebut, cukup dengan perbuatan. berhubung melalui doa. (gaya aku menulis ni dah macam pakar motibasi ja. heh.)

hai awak, ya awak yang tengah baca ni, sebab aku sayang hang lah aku taknak ajak hang lompat ke lubang zina. kalau dah jodoh tak kemana kan. senyum walaupun pahit.

kuatkan hati. jaga iman. okay assalamualaikum. ini ja perkongsian.

eh ada ka makhluk yang baca blog guwa nih? tertanya-tanya.