Tuesday, August 6, 2013

Lama

hai assalamualaikum!

ni yang mana follow aku kalau tengok kat dashboard dengan gambar setepek sure kat fikiran tu terlintas

"eleh ni nak cerita pasal pc dia yang zaman dulu kala lah ni"

ting! salah sama sekali tekaan anda yang tak berasas tu.

 

ni komputer. ehem. aku namakan dia mad. mad dah banyak berjasa. kalau diberi seguni emas nescaya aku pilih mad (pengakuan tak berapa jujur).

masa zaman kegemilangan mespes dulu, mad banyak tolong aku, termasuk kerja kursus pmr. dia punya lambat, jangan cerita. nak tunggu munculnya google chrome dekat skrin ni pun ambil masa doploh minit. mad sebenarnya mengajar erti kesabaran. sebab tu kalau 2009 dulu aku macam lambat reply komen, wall to wall apa semua. mad hanya menampung below 502 mb. kalau tak silap aku lah.

sebenarnya yang lama itu banyak kenangan, baik kenangan pahit mahupun kenangan manis.
kenangan yang boleh memberi pengajaran, iktibar.

yang lama itu lebih berharga daripada yang baru, walaupun yang lama itu buruk tapi ada sentimental value, ada kelebihan yang kadang-kadang kita tak nampak atau buat-buat tak nampak.


yang lama itu tak mungkin tak dapat dimiliki semula, sebab dah jadi lama, dan sukar untuk dimiliki.


kadang-kadang tak semua benda lama itu sempurna, dan tak semuanya buruk. yang sempurna itu boleh berubah jadi baharu dengan menjadi buruk, dan yang buruk pada suatu ketika dahulu boleh jadi elok pada masa akan datang. (ayat putar belit sungguh)


sekarang mad masih ada, sihat.

letih, penat. tinggal sehari lagi sebelum ramadhan tinggalkan kita.