Thursday, April 21, 2011

spongebob boleh hilangkan stress tahu?

lama tau dak tak update belog, minggu lepas ujian dua dan dua minggu lagi mid year examination. syabas lah kan sebab gap antara ujian dua dan mid term sangatlah pendek.
of course aku stress dan tension. yaa aku tahu, semua orang tension kan kan?

dan salah satu cara aku nak hilangkan stress..

sapa tak kenai spongebob? aku rasa seantero dunia kenai sepanyebok ni. yaa span yang agak penyibuk tapiiii sangat lah mesra alam. dia buat apa pun semua dia gelak, senyum.kiranya part dia sedih nak merembes air mata bergelen-gelen tu dalam lima enam minit ja. memang ahh makhluk ni takda otak, takda akal tapi aku sangatlah kagum dengan orang yang boleh create kartunis sepanyebok dan sengakatannya.

sampai boleh jadi ikutan kanak-kanak. aku mengaku aku salah sorang makhluk yang tengok spongebok nih. ni salah satu aku nak hilangkan tekanan yang tembun menimbun dalam hidup aku. kadang-kadang spongebob dengan si patrick buncit tu buat benda yang memang tak masuk akal, (depa takdak akal sebab tu tak masuk akal) sampai aku boleh gelak guling-guling, air mata meleleh ja sebab gelak macam kuntilanak.

depa mungkin lah bijak sikit, tu pun dalam fantasi mungkin depa ada otak, tapi cerebellum,thylamus, cereberum semua tu terpisah antara satu sama lain ahh. dah nama pun fantasi kan?

yang mana rasa stress tu aku syorkan, anda-anda semua tengok cerita kartun, walaupun aksi depa agak tak masuk dek akal tapi yang tulah boleh menghilangkan stress kita walaupun hilang tigapulohminit. hilang jugak kan?

dan trademark cita ni

aiyaii kid!

aiyaiii kapten !!

sememangnya menjadi ikutan budak-budak yang mumayyiz :p

dan aku sangat kagum, walaupun si squidward tu menyampah tahap sampah dengan patrick, spongebob tapi depa tetap boleh bersatu. agak-agak masyarakat kita macam cerita spongebob tak? :)

aku suka yang niii. memag ahh tak beradab tapi tahukah anda kartun boleh menceriakan hidup anda? ni bukan kartun aksi macam otromen, kamenrider tu, aku rasa kartun macam spongebob ni lagi bagus nak banding katun otromen yang menggedik dengan raksasa tu kan? kartun yang aksi boleh membahayakan anak-anak anda tahu? haha

okay lah . bubye! :D

12 comments:

miss shark said...

wahh.. saya pun suka spongebob :D aiiyayy kapten!

noorae said...

sye suke jgk. aye captain! =]

hazwani yusof said...

@miss shark
yeah aiyai incik shark :)

hazwani yusof said...

@noorae
aiyai noorae :p

Eyriqazz said...

baruje lepas layan sponge bob dengan anak tadi..tapi makin stress pula coz dia makin susah nak rtidur..dah 1230 malam ni...

Faridzuan said...

Adik-adikku suka tonton kartun ini, lama-lama diriku pun terjangkit nak tengok sekali hehe! Best juga, sekali-sekala balik raya petang2 sebelum buka puasa tengok cerita ini :D

hazwani yusof said...

@Eyriqazz
kena ada bedtime story baru dia boleh tidur kot :)

@Faridzuan
spongebob boleh mempengaruhi rakyat :)

Cik Bunga said...

cik bunga pun suka tengok spongebob.
salam kenal dari cik bunga :)

Faridzuan said...

Hehe, di samping meredakan stres :)

hazwani yusof said...

@Cik Bunga
salam kenalan cik bungaa :)

@Faridzuan
ya spongebob boleh menghiburkan kita :)

Nur Fatihah said...

aiii aiii kapten !

hazwani yusof said...

@Nur Fatihah
haii fat kuruihhh :D