Tuesday, April 26, 2011

Semua orang nak kaya macam Bill Gates

semua orang tak minta hidup untuk miskin dan semestinya semua nak hidup dalam kemewahan kan? aku tak nafikan senario ni.sebabnya aku pun ada keinginan nak hidup mewah macam bill gates. tapi aku tetap bersyukur sangatsangat dengan kehidupan yang aku ada sekarang ni.

money is everything. sapa yang cakap money tu adalah segala-galanya, aku rasa macam nak tampar muka dia laju-laju.kalau duit itu adalah segala-galanya, duit tu boleh beli kebahagian ka?persahabatan? macam mana pulak percintaan? keluarga?

zaman millenium ni memang ah kena guna banyak duit untuk beli barang-barang.aku tak nafikan, nak masuk toilet pun kena bayaq, duopulohsen.tu tara nak lepaskan hajat. nothing is free. tapi yang aku pelik sangat-sangat lah kan, perlu kah kita meletakkan duit itu di tempat pertama?

kita selalu sebut perkataan "kalau" dan itu seolah-olah menyalahkan takdir. wahwah aku cakap macam aku ni warak kan?kemain lagi. okay itu kenyataan. ustazah aku yang cakap takkan ustazah nak tipu pulak kan?

nak tahu kenapa Allah bagi kehidupan kita miskin? sebab Dia nak kita berusaha majukan hidup kita. kayakan hidup kita dengan ilmu, dengan akhlak terpuji dan semestinya kaya dengan amalan. tapi yang orang miskin ni, (tak semua lah) selalu jugak mengeluh lepastu tertanya-tanya "sebab apa aku miskin, tak kaya macam orang lain?"

kalau kita kaya, kita sibuk nak kejaq duit,nak kejaq tender apa semua tu, sampai semyang yang lima waktu tu boleh tercicir sebab sibuk kejaq duit. macam mana nak dapat barakah hidup? *cakap macam ustazah sat :)

dan Allah berikan kita kemewahan hidup, nak tengok sama ada kita bersyukur atau tidak? makin tamak atau makin tunduk pada kekeuasaan Allah?

kalau dalam drama kan, yang kaya ni mesti anak-anak terabai.amek ganja apa semua tu. bila kita kaya, kita lupa Allah, letakkan duit sebagai tempat pertama. tapi aku tak kata kat semua lah, cuma ni realiti kehidupan

dan yang paling sedih kan, yang miskin ditindas, yang kaya diagung-agungkan

kenapa mesti pandang duit berbanding pandang amalan?

ingatlah, duit itu milik Allah, bila-bila ja Dia boleh hambek balik segala yang kita ada. anak-anak,keluarga,duit, kereta, harta semua tu Allah yang bagi ,dan kita hidup di dunia ni hanya sementara.

jadi, yang kat luar sana, yang asyik riak dengan harta , duit itu, tak payah la.semua tu tak kekal.
silap haribulan, yang si miskin ni jadi kaya, dan yang kaya jadi papa kedana :)


peribahasa sikit-sikit ,lama-lama jadi bukit sangatlah boleh diguna pakai dalam hidup kita (bangga boleh letak peribahasa dalam blog,rasa macam buat karangan)

dan itu gambar lama aku. url haywordless tu pun tak dibuang. woh malu. bubaai ! :)

6 comments:

miss shark said...

saya juga nak kaya. tapi bukan macam bill gates lah T__T

hazwani yusof said...

@miss shark
habes tu nak kaya macam sapa? :D

Itu Aku said...

hye
kaya atau miskin msty ada cabaran dan hikmah
nk hidup senang
bahagia dengan limpah kurniaNYa...
apapon layannnnnnnnnnnnn
kalau kaya..
lg kuat shopping la..
nice to met u tuan tanah

hazwani yusof said...

@Itu Aku
kalau kaya, duit tu mudah nak dihabiskan.nice to know u too :)

Shamsuddin Amin said...

btul tu ...

tapi kene la brusaha di jalan yg btul...^^

ak pon nk kaya juga...=P

Santan berlada : member KL ku yg terlampau...

hazwani yusof said...

@Shamsuddin Amin
cari kekayaan dengan keredhaan Allah :D