Friday, December 17, 2010

Awak dan Fizik

dulu,kita selalu gelak bersama, ada yang mengejek kita berdua.
dulu, kita selalu lawan dalam exam, dari darjah satu hingga pmr 2010.
dulu, kita selalu teersenyum setiap kali bertembung.

saya masih ingat, kali terakhir kita bercakap, masa tadika. saya tegur awak. masa tu ada pertandingan nasyid dekat dewan jitra. saya duduk sebelah awak, saya senyum kat awak, sebab awak kena mekap, muka kita macam hantu dipenuhi bedak.

sekarang kita telah berusia enambelas tahun, dan kita akan menuju kepada tujuhbelas tahun. pada permulaan saya masuk tingkatan empat, saya dikenali dengan pelbagai subjek, dua subjek yang buat saya resah, additional mathematics dan fizik. ya, awak macam fizik. sukar untuk difahami, sukar untuk diselesaikan setiap masalah yang berlaku.tetapi akan mendapat kepuasan bila dapat diselesaikan.namun malangnya saya masih belum memahami fizik.

dulu, saya sukakan fizik, macam tu jugak dengan awak. sebab permulaan bagi setiap perkenalan sangatlah mudah, saya dapat memahami setiap prefixes yang ada dalam diri awak, dan rasa suka saya bertambah daripada pico kepada Tera.semakin hari semakin bertambah, namun badai menimpa diri saya. apabila melangkah kepada chapter two, saya terpaksa mengurangkan acceleration, daripada postive acceleration menjadi negative acceleration. semuanya disebabkan kita berdua decelarate persahabatan kita. namun saya cuba untuk merapatkan semula dengan menggunakan momentum inelastic, tapi awak menggunakan momentum elastic. saya rasa sedikit pressure.

saya gelisah setiap kali exam kerana saya tidak mampu untuk menyelesaikan soalan yang begitu kompleks kerana saya juga tidak mampu untuk mencari jawapan punca kita berjauhan. setiap soalan yang diajukan memerlukan saya untuk mencungkil setiap formula yang basic. begitu juga dengan awak.saya perlu mengimbas kembali setiap yang berlaku untuk mencari calculation bagi memulihkan persahabatan kita.namun saya tetap sayang fizik, saya cuba mendalami isi kandungan fizik, tapi malangnya saya tidak mampu untuk mengorek setiap isi hati awak. senyuman awak semakin pudar dan telah hilang.

walaupun saya tidak mampu menguasai ilmu fizik, namun saya tetap ingin mempelajarinya kerana fizik tidak pernah tinggalkan saya. tetapi awak, saya tidak mampu untuk mencari formula dalam diri awak lagi kerana awak telah pergi dari hidup saya.awak tidak memberikan reflection kepada persahabatan kita. saya letih untuk berhadapan dengan resultant force yang melambatkan pergerakan hati saya setiap kali berfikir mengenai awak. awak speed up diri awak daripada saya. velocity awak meningkat begitu juga dengan masa. awak pergi daripada saya.

awak, kita mungkin tidak akan bersuara seperti dahulu kala. semuanya menjadi sejarah. namun saya tidak kisah lagi, saya berharap saya boleh mencapai gred A+ untuk subjek ini. kerana jika saya gagal, saya mungkin gagal untuk memahami awak juga.kita hanya ada chemical properties kerana kita menyedut oksigen yang sama, namun physical properties kita berbeza.persahabatan antara saya dan awak sukar difahami seperti fizik dan sukar untuk diselesaikan.

kita ada kehidupan kita sendiri, jadi saya anggap fizik itu awak :)
terubat sikit rindu saya dekat awak.

6 comments:

Asyraf Azmy said...

awww, gilalah

hazwani yusof said...

@Asyraf Azmy
apa yg gila? :O

suhaila zaini said...

waa
wani
great story la sbb mpa pndy kaitkan dgn fizik !
unik gila
suka !

hazwani yusof said...

@suhaila zaini
nganga mulut dak? haha. thanks :D

Si Gadis Semasa said...

ngee~ sukalah . fizik related to someone . awww ^___^ like a thousand times !!

hazwani yusof said...

@Si Gadis Semasa
button like tadak,kalau dak mesti klik 1000 kali kan :D hee